Web
Analytics Made Easy - StatCounter

Tips Buat Duit Dengan Blog Dari Seminar Denaihati

Dunia internet sememangnya tidak pernah lari daripada perkara-perkara yang melibatkan cara buat duit secara online ataupun tips buat duit secara online.Pelbagai kaedah untuk menjana pendapatan secara online ada di dunia maya ini.Di antara kepelbagaian cara tersebut, cara menjana pendapatan melalui blog merupakan salah satu cara yang amat popular pada masa sekarang.

Berbekalkan daripada rasa kepercayaan yang tinggi terhadap keberkesanan cara buat duit melalui blog, pada 19 Mei baru-baru ini saya telah menghadiri Seminar Buat Duit dengan Blog (SBDdB) anjuran Akademi Denaihati.

Selain daripada ingin berkenalan dengan lebih ramai rakan blogger, pendedahan ke dalam dunia blogging dan juga bertujuan untuk penjenamaan blog, niat utama saya menghadiri seminar ini adalah untuk mendapatkan tips buat duit dengan blog melalui cara dan saluran yang betul serta yang dapat membuahkan hasil.

seminar denaihati

Hasil daripada menghadiri seminar tersebut, ia telah membuka minda saya bahawa terdapat pelbagai tips buat duit dengan blog yang dikongsikan oleh ahli-ahli panel seperti Shuth, Nisa Kay, Tekong dan juga Tokey Cendol Banting iaitu Encik Titan.

Di antara keempat-empat orang ahli panel tersebut, saya paling tertarik dengan tips buat duit dengan blog melalui program affiliate yang dikongsikan oleh Encik Titan.

Saya yakin, di kalangan rakan-rakan blogger pasti sudah mengenali siapa si Tokey Cendol Banting ini.Beliau merupakan seorang blogger yang telah mula menceburkan diri di dalam dunia penulisan blog khasnya yang berkaitan dengan cara buat duit dengan blog melalui sistem affiliate sejak dari tahun 2003 lagi.

teknik seo

teknik seo

Berdasarkan perkongsian, Encik Titan memaklumkan bahawa beliau telah berjaya menjana pendapatan melalui program affiliate sejak dari beliau belajar di Universiti Malaysia Sabah.Bermula daripada memperolehi pendapatan hanya sebanyak 1 sen, sehinggalah sekarang di mana beliau berada di peringkat menuai hasil daripada segala penat lelah mempromosikan pelbagai program affiliate samada dari dalam mahupun di luar negara.

Antara rahsia utama kejayaan affiliate yang beliau kongsikan adalah :

  • Menyiasat terlebih dahulu sistem affiliate yang hendak disertai.
  • Menulis sesebuah artikel dengan penuh kejiwaan.
  • Mendalami ilmu SEO kerana ia mampu meletakkan artikel promosi anda di muka depan enjin carian dan seterusnya akan dapat meningkatkan jualan.
  • Jika boleh, wujudkan sebuah blog dengan domain yang bersesuaian dengan sesebuah program affiliate.
  • Jika mempromosikan program tersebut di dalam blog yang bukan dari niche program affiliate tersebut (contohnya blog niche personal), sekurang-kurang buat 5 artikel yang berkaitan dengan promosi tersebut dan kaitkan di antara ke semua artikel promosi tersebut.

Berbekalkan daripada pengalaman yang beliau kongsikan di seminar, saya kutip ilmu tersebut dan jadikan ia sebagai motivasi untuk saya praktikkan di dalam pelan rangka promosi affiliate yang akan saya gerakkan nanti.

Bagi rakan-rakan blogger yang berminat untuk mendapatkan Tips Buat Duit Dengan Blog Dari Seminar Denaihati khasnya yang berkaitan dengan cara terbaik mempromosikan program affiliate tetapi telah terlepas peluang untuk menghadiri majlis seminar tersebut, anda boleh ambil beberapa tips yang saya kongsikan di atas.

Bagi mereka yang baru hendak berkira-kira menubuhkan blog dan sedang mencari tips bagaimana cara untuk buat duit dengan blog melalui program affiliate, anda sangat-sangat digalakkan untuk mempraktikkan beberapa cara yang telah saya kongsikan.Anda juga dijemput ke blog Denaihati untuk membaca entri mengenai tips buat duit dengan blog yang telah beliau kongsikan melalui pautan yang telah saya nyatakan.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda untuk mempraktikkan tips buat duit dengan blog dari seminar Denaihati.

** Entri ini ditulis bagi melayakkan saya menyertai contest ” Tips Buat Duit dengan Blog dari Seminar Denaihati “ yang dianjurkan oleh saudara Denaihati.Mohon para pembaca dan rakan-rakan bantu mengundi saya DI SINI dan juga dengan cara klik G+ yang berada di bawah. (anda dikira sudah klik apabila ikon G+ bertukar merah) – Segala bantuan saya dahulukan dengan ucapan terima kasih yang tidak terhingga..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *