Web
Analytics Made Easy - StatCounter

Tahun Baru dan Azam Pun Kena Baru

Masa lepas dengan begitu cepat sekali, dengan tidak sedar sekarang masuk tahun baru lagi. Jadi bagi saya, azam pun mesti kena baru. Ya dak? Dan sebagai salah seorang penulis blog yang bergantung penuh kepada jumlah pelawat dan pendapatan iklan dengan ribu-riban, saya kena berubah. Tapi perlu berubah macam mana? Ha… yang itu kita kena ikut klise pemblog giteww.

tahun baru 2018

tahun baru 2018

Jom kita tengok ‘Wishlist’ saya yang tersusun rapi pada tahun 2012 ini. Confirm menjilat air ludah sendiri. Ada saya kisah? Datin Maimon pun tak kisah…

1. Saya akan menulis semula gosip berat-berat sehingga kesemua peminat gosip termuntah-muntah selepas masuk ke dalam blog Vogue nie. Iya betul, ini semua berkat doa kalian jugakan? Kan… kan…

2. Saya akan kejar traffic sehingga ke lubang cacing. Tak percaya? Beri saya 2 bulan dan saya akan pastikan ranking Alexa saya memotong pemblog-pemblog yang bajet superstar.

3. Jangan tak tahu, blog saya akan menempatkan semua berita terbaharu, info, gambar, hiburan, tutorial, tips, sinopsis drama, filem, membuat duit dan artikel copy paste selepas ini. Ala-ala jeruk masin gitu. So, kepada mereka yang berasa dirinya adalah sasterawan blog dan anti plagiat, hati-hati… be sure patenkan terlebih dahulu ke semua huruf-huruf yang korang tulis sebelum dipublish untuk bacaan supaya tak menjadi mangsa kerakusan saya.

4. Jangan nasihat saya kerana saya tak akan dengar. Bau duit yang saya dapat lebih harum daripada tulisan haprak korang yang ntah apa-apa ntah.

5. As usual, kalau sudah jadi penulis taik ayam, bahasa saya juga kena up to date. Jadi saya akan persetankan semua teori penggunaan Bahasa Melayu yang betul. Perkataan ‘DI’ akan saya letakkan sesuka hati, tatabahasa akan ditolak tepi dan penulisan ikut cara minah rempit. Apadia…? Campur-campur Bahasa Inggeris giteww…

6. Update blog entri saya sekurang-kurangnya sehari sekali? Ish… ish… bukan sekali sahaja Mak Jah oit, tapi berkali-kali sehinggalah habis cerita yang ada kat internet ini. Mungkin mission impossible tapi saya akan cuba dengan sedaya upaya ini.

Oh ya, sila jangan anda tanya saya kenapa perubahan radikal berlaku semula dalam blog ini kerana saya akui, saya memang lebih sukakan nama, perhatian, komen dan wang ringgit ribu-ribu yang penaja bagi untuk keperluan pembelanjaan tiap-tiap bulan saya. Lagipun perubahan yang telah saya lakukan pada tahun lepas tak membawa saya ke mana-mana pun. Belog ini juga jatuh merudum ke paras paling hampeh tak kiralah jumlah pengunjung yang datang baca di blog saya dan duit kopinya.

Bhai… kalau teruskan begitu, ini hosting sapa mau bayar? Lama-lama boleh gulung tikar tau.

Apa kata kongsi artikel ini dengan kawan anda!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *