Web
Analytics Made Easy - StatCounter

Tablet Computer Termurah Di Dunia

Dunia ICT telah dikejutkan dengan kesediaan Kerajaan India untuk mengeluarkan tablet computer termurah di dunia yang hanya berharga USD35 atau di tukar ke Ringgit Malaysia bernilai RM111.82 sahaja. Berita mengenai tablet computer termurah di dunia itu juga telah mendapat liputan meluas dari industri ICT seluruh dunia. Pelbagai reaksi dan maklumbalas dikemukakan, macam biasalah, ada yang menyokong inisiatif kerajaan India tu dan ada juga yang agak skeptikal dan tidak yakin dengan keupayaan tablet computer tersebut.

tablet computer

tablet computer

Menteri Pembangunan Sumber Manusia India Kapil Sibal juga turut memamerkan gambar dan prototype tablet computer termurah tersebut

Secara asasnya tablet computer tu kelihatan macam iPad dan menggunakan teknologi touchscreen. Sistem operasinya menggunakan Linux, juga mempunyai USB port dan 2 GB memory card.

Tablet computer tu boleh berfunsi untuk word processing, web browsing dan juga video-conferencing. Juga dilengkapi dengan sistem bateri secara solar, tapi itu kena charge tambahan.

Target utama tablet computer termurah di dunia ini adalah kepada kanak-kanak sekolah di negara tersebut dan sekiranya Kerajaan India berjaya mendapatkan pihak yang boleh membuatnya, ianya akan mula dikeluarkan bermula tahun 2011.

Kalau projek tablet computer termurah di dunia ni menjadi kenyataan bertuahlah kanak-kanak sekolah di India, lepas ni tak payah menulis lagi semuanya main tapi di touchscreen computer aje.

Bukan setakat kanak-kanak aje yang boleh guna, mak bapak kanak-kanak pun boleh tumpang sekaki. Dan kalau sudah dibuat dan dieksport ke negara -negara luar, memang meriah lah dunia ICT nanti.

Katalah kalau projek tablet computer tu menjadi dan dijual di malaysia dengan harga RM111.82 sahaja juga, memang happening jugak tu, mudah dan senanag untuk buat live blogging

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *