Web
Analytics Made Easy - StatCounter

Susu Perawan Tancep Yang Agak Lucah

Pernahkah anda mendengar minuman susu perawan tancep? Saya amat beringat dengan namanya sebab bekas yang digunakan untuk mengisi susu itu rupanya agak lucah. Saya yakin tidak ramai yang pernah mendengarnya, apa lagi bagi pembaca di blog ini yang belum pernah berkunjung ke negara jiran kita di Indonesia. Pertama kali mendengarnya saya juga merasa hairan dan pelik kenapa nama minuman tersebut sedemikian rupa.

susu perawan tancep

susu perawan tancep

Mungkin ada pembaca yang terlintas di fikiran sama seperti saya semasa pertama kali mendengar nama ini dahulu “adakah itu susu yang diperah daripada seorang perawan?” Hehe.. Yang itu sememangnya mengarut.

Apa Sebenarnya Susu Perawan Tancep

Sebenarnya susu itu hanyalah merupakan susu biasa yang telah dicampur dengan beberapa ramuan tradisional dan disimpan di dalam bekas yang mempunyai reka bentuk seperti payudara wanita. Rasa susu perawan tancep pada saya tidaklah terlalu istimewa tapi memandangkan sifat ingin tahu yang membuak-buak untuk mencubanya sebelum itu membuatkan saya pesan satu cawan untuk cuba dan rasa sendiri juga.

Lagipun ianya kira cukup lumayan dan berbaloi untuk wang saya kerana harganya yang amat murah. Selepas susu ini dihantar ke atas meja, saya pun cuba minum. Mungkin saya bukan kaki kopi jadi bukan berapa tahu bagaimana untuk menggambarkan rasa kopi. Kawan saya cakap rasanya lebih mirip kepada susu kambing yang mempunyai wangian herba, tidak terlalu manis tapi lemaknya masih ada. Kombinasi rasanya juga agak unik.

Keistimewaan Restoran Itu

Oh ye.. Satu yang paling saya suka dengan restoran ini ialah persekitarannya yang cukup bersih dan agak unik untuk sebuah restoran yang berbajet rendah sepertinya. Pelayan dalam restoran ini juga agak ramah tidak kiralah lelaki atau wanita. Mereka sering menawarkan bantuan kepada kami sekeluarga sebaik saja dipanggil. Cuma apa yang mengecewakan saya ialah masa hidangan yang pada fikiran saya terlalu lama iaitu kira-kira 30 minit, bergantung kepada jumlah pelawat di dalamnya. Bagi orang seperti saya yang kurang kesabaran tu, tunggu dengan masa yang begitu lama boleh jadikan mood saya kurang baik sikit.

Namun, semua hidangan dan makanan yang disediakan pula memang mempunyai variasi yang banyak dan setiap daripada hidangan itu mempunyai nama yang unik.

Rasionalnya apakah yang boleh kita pelajari daripada cerita saya itu tadi? Sekadar cerita mengenai susu yang diletakkan di dalam bekas yang agak lucah dan percutian saya? Tidak! Tapi mengenai anjakan paradigma untuk berjaya dalam bidang perniagaan terutamanya yang menyentuh bab masakan dan penyediaan makanan. Apa pelajaran yang paling penting yang saya belajar tentang restoran ini ialah inovasi dan kekreatifan kita adalah apa yang diperlukan untuk menarik perhatian para pelanggan untuk mengunjungi ke kedai perniagaan kita.

Mungkin kita patut belajar sesuatu daripada pengusaha restoran mereka tentang cara bagaimana untuk menarik perhatian para pelanggan tentang kewujudan restoran mereka. Kejayaan datang bukan senang, kena kita selalu mempunyai idea yang luar biasa baru boleh kita mencapai apa yang kita ingin capai.

P/s: Minta maaf kerana tidak dapat menyelitkan gambar bekas susu itu. Saya benar-benar terlupa untuk membawa kamera semasa berkunjung ke restoran tersebut (TERKINI: Saya telah ‘mencedok’ gambar bekas tersebut dari Internet). Dan kepada mereka yang berminat untuk mencuba susu perawan tancep, anda bolehlah pergi ke House Of Raminten yang beralamat di FM Noto No. 7 Kota Baru YogYakarta yang dibuka 24 jam sehari.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *