Web
Analytics Made Easy - StatCounter

Panduan Menulis Resume Mantap

Sebelum menjalani proses temuduga untuk sebarang pekerjaan , sudah tentu ramai yang telah membuat persediaan awal dengan menyediakan Resume untuk rujukan kepada bakal majikan . Seperti yang kita ketahui , untuk mendapatkan pekerjaan yang diidam-idamkan , persediaan awal untuk menulis Resume yang mantap serta terbaik amat penting bagi pencari kerja pada masa kini.

tulis resume

Mungkin ada yang pandang remeh tentang Resume … tetapi sebagai pencari kerja yang berketrampilan tinggi , anda haruslah memastikan resume tersebut adalah yang terbaik untuk menjamin anda berjaya dapatkan pekerjaan yang menjadi idaman dari zaman persekolahan . jadi saya sarankan kepada semua bakal pekerja , bermula dari sekarang , buatlah satu resume untuk anda yang terbaik dan menarik .

Antara cara menulis Resume yang mantap ialah :

Pemilihan kertas yang berkualiti tinggi

Sebelum kita mulakan penulisan resume , pastikan anda memilih kertas yang berkualiti tinggi seperti jenama iK YELLOW Paper atau Double A . Lagi tebal kertas tersebut lagi baik . Pastikan juga ia sesuai dengan dakwat printer anda supaya semua maklumat di dalam resume tersebut jelas dan senang dibaca.

Template atau Susun Atur Resume

Sekarang ni mudah je untuk cari template atau susun atur Resume , di dalam internet terdapat banyak contoh resume yang boleh anda jadikannya sebagai rujukan. Jadi anda perlu pilih yang mana sesuai untuk digunakan nanti . Pastikan ia sesuai dengan pemilihan kerjaya yang anda inginkan . Dan yang paling penting ia nampak kemas dan tersusun .

Sediakan Semua Maklumat Penting

Dalam resume anda itu nanti , pastikan semua maklumat penting seperti nama , alamat tempat tinggal , nombor telefon yang mudah dihubungi , email , laman web dan latar belakang pendidikan serta sejarah pekerjaan yang lepas . Ini bertujuan untuk dijadikan rujukan penemuduga apabila anda hadir temuduga nanti .

Mempunyai gambar yang terkini

Resume yang menarik semestinya mempunyai gambar pemilik resume tersebut . Gambar berukuran passport berwarna pun sudah memadai .

Ringkas dan Padat

Sila pastikan kesemua maklumat tentang anda ringkas dan padat agar tidak menjemukan panel penemuduga membacanya nanti .

Di harapkan serba – sedikit panduan yang saya beri ini bermanfaat untuk semua . Jika inginkan panduan ayng lebih lengkap lagi , bolehlah ke sini .

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *