Web
Analytics Made Easy - StatCounter

Nikon D80, Lensa 70-300mm dan Jurugambar Amatur

Secara peribadi saya berpandangan tidak dinafikan lagi kamre Digital Single-Lens Reflex (DSLR) mampu memberikan kepuasan dalam seni fotografi hatta kepada jurugambar amatur seperti saya. Walaupun agak sibuk kebelakangan ini namun pagi tadi saya berkesempatan membelek-belek gambar yang dihasilkan oleh kamera Nikon D80 yang menggunakan lensa 70-300mm dan terasa amat kagum dengan hasil foto yang diciptakan. Kalau jurugambar amatur seperti saya yang hanya dapat memegang DSLR sesekali sahaja dapat menghasilkan kualiti gambar sebegini apatah lagi mereka yang memang pakar dan menceburi bidang fotografi secara serius.

gambar ambil ngan nikon80

Foto yang dihasilkan dengan menggunakan Nikon D80 lensa 70-300mmbagi saya cukup hebat, apatah lagi sebelum ini hanya menggunakan kamera digital Olympus u820. terasa begitu tidak cantik gambar yang dihasilkan oleh kamera digital dengan DSLR.

gambar ambil ngan nikon80 2

Dan dengan kecanggihan teknologi masa kini, apa yang hanya perlu dilakukan oleh seseorang adalah dengan menekan butang ‘snap’ dan terus mendapat hasil yang cukup menarik dan memuaskan hati. Terima kasih kepada perkembangan teknologi fotografi yang hebat pada masa kini, semua orang boleh menghasilkan gambar yang cantik, terang dan jelas. Namun apa yang paling penting adalah kreativiti dan bakat dalam mengambil gambar. Sesetengah individu memang mempunyai ‘art’ dan ‘style’ yang tersendiri bagi menghasilkan sekeping foto yang menarik.

gambar ambil ngan nikon80 3

Sebab itulah zaman sekarang ini ramai individu menyertai aktiviti fotografi ini berikutan semua orang boleh melakukannya jika benar-benar berminat untuk menceburinya. Malahan ada di kalangan individu yang walau berusia belum 20 tahun sudah mempunyai pelbagai kamera DSLR peribadi….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *