Web
Analytics Made Easy - StatCounter

Musim Orang Kahwin Agaknya

Kita berbalik kepada cerita peribadi.. Secara seriusnya aku memang dah tak punya apa cerita yang ingin disampaikan secara meriah seperti dulu.. Maklumlah, sejak mengundurkan diri dari dunia kota, kehidupan aku tidak lagi seperti dahulu yang punya pelbagai versi dan ragam.. Kononnya mahu lari dari kehidupan kota, tapi sekali sekala lari juga ke sana.. Huhu..

kahwin

kahwin

Tahun lepas musim kawan-kawan aku bertunang, dan tahun nie musim kawan-kawan aku berkahwin.. Wah.. Meriahnya.. Di mulut berkata “tahniah²!” tapi dalam hati cakap “cis! dah kawin dah.. aku belum lagi!” Haha.. Tapi dalam masa yang sama tetap mahu perkahwinan itu kekal dengan kebahagiaan.. Sejahat-jahat aku nie tak pernah pula berani memasang niat meruntuhkan sebuah masjid.. Bukankah itu satu dosa besar..

Memang bulan nie penuh dengan jadual kawan-kawan aku berkahwin.. Dari jiran tetangga, kawan rapat, kawan tak berapa nak rapat, sahabat dan bermacam-macam pangkat yang aku kenal mahu dan sudah mendirikan rumah tangga.. Baguslah.. Terkadang selalu tanya pada diri “aku bila lagi?”.. Entahlah! Sudah berapa kali aku bercerita mengenai masalah mendirikan rumah tangga di blog ini.. Silalah cari sendiri..

Bukan mahu merungut, aku tahu memang itu jalan yang perlu aku lalu..

Teringat aku pada seorang teman.. Selalu memikirkan mengenai rumah tangga.. Mencari duit mengumpul harta.. Kononnya sebagai saham memikat hari si bakal mertua.. Sudahnya harta entah kemana, bakal isteri hilang kemana.. Selalu menjadi mainan fikiran si bujang ‘harta sebelum kawin’ atau ‘harta selepas kawin’..

Cuma berfikir, kadangkala ‘mengikut orang’ selalu dipraktikkan daripada ‘mengikut hati’..

Eh? Sudahlah merungut.. Aku pun sudah bosan dengan rungutan.. Semalam aku menolong kenduri kawin rakan sepermainan waktu kecil.. Kali ini aku lebih menjaga di bahagian tetamu tidak seperti selalu aku menjaga di bahagian belakang (selalunya cuci pinggan mangkuk la).. Tiba-tiba aku teringat di waktu aku di zaman bersekolah dulu dimana tetamu dihidang bukan seperti sekarang – layan diri.. Eh? Kebiasaan ini sudah melupuskan ingatan aku yang dulu rupanya..

Teringat aku bagaimana menjaga di bahagian tetamu sewaktu konsep layan diri ini tidak popular lagi.. Memang kelam kabut jadinya.. Mahu angkat hidang, mahu susun lauk, mahu jaga air minum, air basuh tangan lagi.. Kalau tak kena cara, mahu huru hara jadinya.. Tapi bila melihat konsep sekarang, mudah.. Habis je lauk di tray, tambah.. Habis je nasi, tambah.. Tapi bila tengok di belakang, ramai yang melepak..

Tak boleh nak buat apa, memang kerja sudah berkurang.. Tapi dari segi muafakatnya?

Kalau mengikut konsep, gotong royong masih ada.. Potong daging, potong ayam, sedia bahan untuk dimasak.. Suasana itu memang sudah biasa.. Kalau mengikut kemuafakatan, kampung aku di dalam felda ini masih kuat lagi.. Tidak seperti sesetengah kampung lain.. Masa makan – ada, tapi masa buat kerja – hilang! Sebab itulah ada pula konsep yang kian menular di kawasan felda ini iaitu – katering!

Ya, kerja makin senang.. Tapi bagi aku nilai ‘kenduri’ itu sudah hilang!

Eh? Sedar tak sedar.. Banyak juga aku merapu kali ini.. Sudah lama tak menulis secara marathon dan berhemah begini, buat jari aku gian menari.. Apa pun.. Selamat pengantin baru untuk mereka yang baru mendirikan rumah tangga.. Semoga kekal ke akhir hayat.. Amin..

Suasana musim kawin sebenarnya sama seperti sebelum nie, tapi bila sudah berada di paras rakan sebaya pengantinnya, perasaannya sudah lain..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *