Web
Analytics Made Easy - StatCounter

Kursus Kahwin di Malaysia

Jika anda ingin berkahwin, mestilah anda menghadiri kursus kahwin sebelum anda layat untuk perkahwinan. Terdapat banyak pusat di Kuala Lumpur yang bertauliah untuk menganjurkan kursus perkahwinan islam yang dilantik oleh pihak jabatan agama islam wilayah persekutuan (JAWI) dengan kerjasama dari JAKIM. Tempoh kursus kahwin biasanya dalam 2-3 hari.

kursus kahwin

kursus kahwin

Prosedur perkahwinan di Malaysia bagi golongan Melayu berkaitan dengan langkah-langkah yang harus dipatuhi untuk berkahwin dari segi urusan rasmi agama Islam. Ia melibatkan pendaftaran, penyediaan dokumen dan urusan di Jabatan Agama Islam. Boleh anda buat pendaftaran kursus kahwin di tempat-tempat yang berhampiran dengan tempat tinggal anda. Boleh anda rujuk di sini untuk semua tempat kursus kahwin yang disenaraikan. Kebanyakan pusat mengadakan kursus pada hari Sabtu dan Ahad saja tetapi ada juga pusat yang mengadakan kursus kahwin pada hari bekerja.

Sebelum menghadiri kursus, mestilah anda buat pendaftaran di satu pusat kursus perkahwinan. Borang seperti yang ditunjukkan kena diisi dan harga untuk yuran kursus adalah RM80 – RM120 seorang.

Soalan Yang Ditanya
Anda mungkin kena jawab soalan semasa menjalani kursus kahwin. Soalan biasanya meliputi:

  • Doa qunut
  • Rukun iman
  • Rukun nikah
  • Rukun islam
  • Sebab-sebab mandi wajib
  • Tanggungjawab suami/isteri

Modul
Modul kursus kahwin akan menggunakan modul MBKPPI yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Gambar di bawah menunjukkan rujukan modul pra perkahwinan yang akan anda mengalami dalam kursus perkahwinan.

Rujuk untuk maklumat selanjutnya untuk kursus kahwin di laman ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *