Web
Analytics Made Easy - StatCounter

Kerana Seekor Anjing Perasan Miss Universe

Kerana seekor anjing, akhirnya saya berjaya update blog picisan ini. Lama kan saya cuti menulis blog? Entah kenapa sejak akhir-akhir ni badan saya macam cepat betul letih. Balik kerja pun sudah pukul 6petang. dengan keadaan jalan raya yang simpang siur, mahunya sampai rumah dalam pukul 7 pm juga.

anjing

anjing

Oh ya, nanti saya nak tulis 1 review produk Jus Tok Guru berasaskan madu. Serious saya baru ambil 3 hari, tapi alhamdulilah nampak jugalah perbezaannya. Tak adalah kerja saya nak “melepek” je bila balik kerja. Madu ni beri tenaga pada badan kita tau. Oke, yang ini review FREE sebab tak ada orang bayar pun. Saya je rasa perlu share. Tunggu next entry, InsyaAllah.

Sambung, saya tak menulis langsung? Tipulah. Kan saya sudah beritahu, saya ada lagi 1 blog peribadi. Tumblr ni blog santai, di mana saya ceritakan semula apa yang terjadi dalam kehidupan saya. Jadi, senang je saya nak update. Kadang-kadang saya update guna handphone Samsung Ace cabuk je pun.

Okelah, kenapa pula saya tiba-tiba sebut pasal anjing? Sebenarnya, tadi pagi masa saya dalam perjalanan ke tempat kerja. Saya nyaris-nyaris nak terlanggar anjing. Ya Allah, berderau darah saya dibuatnya. Bayangkan kejadian ni terjadi waktu pagi. Jalan raya tengah sibuk. Paling best anjing ni slumber je jalan lenggang kangkung bukan di lorong kecemasan

Phewww, kami pula yang kena brake emergency tadi!! hahahahaha!!! Kereta saya paling depan, dekat belakang tu memang ada dalam 3 kereta. Semua brake emergency!!!! Nasib baik tidak ada apa-apa. Allah lindungi kereta kami dan nyawa kami termasuk si “ratu” anjing tu. Kemain jalan macam miss universe!!!

Tapi, alhamdulilah. Ok je. Anjing melintas dengan selamat, saya pun selamat sampai ke tempat kerja. Ini pengalaman pertama saya hampir-hampir langgar binatang. Memang daripada dulu, saya doa banyak-banyak janganlah terlanggar binatang. Habislah, tak tidur malam nanti!!!

Saya ni sayang binatang. Dekat rumah, penuh dengan kucing-kucing. Anjing jiran lama dulu pun, saya bagi makan. Susah juga sebenarnya kalau sayang binatang sangat ni, cepat leleh airmata kalau nampak binatang mati. hehehehehe. Tapi, nak buat macam mana kan? Allah dah beri naluri penyayang ni. Terima jelah.

Saya macam nak buat 1 blog binatang. Mungkin blog kucing ke kan? Tapi, itulah. Ongkosnya belum ada. Plan itu ini tapi nantilah, tunggu rezeki masuk. hahahaha!! Ke ada orang nak sponsor? Bertuahlah kan nak sponsor, lainlah orang popular. wakakakaka!!!! Ok, jumpa lagi next entry!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *