Web
Analytics Made Easy - StatCounter

Kenapa Saya Tak Gunakan Screen Protector Pada Smartphone

Antara perkara utama yang akan dilakukan oleh kebanyakan daripada kita apabila membeli sebuah smartphone..

Pasang screen protector untuk melindungi screen smartphone kesayangan.

Ia adalah perkara normal bagi setiap pengguna smartphone, termasuk saya…dulu.

screen protector

screen protector

Saya yakin, ramai yang berpendapat bahawa apa salahnya mengeluarkan sedikit modal yang berjumlah hanya puluhan atau ratusan ringgit khas untuk melindungi smartphone yang bernilai ribuan ringgit.

Jika dijaga elok, peranti tersebut tentu masih memiliki value yang tinggi jika kita mahu menjualnya kemudian hari.

Selain daripada memasang screen protector, kita juga selalu melihat pengguna-pengguna smartphone akan melindungi smartphone mereka dengan memakaikan bekas (case/cover).

Saya juga ada menggunakan case pada kedua-dua smartphone saya cuma kadang-kadang saya cabut case tersebut dan ternyata ia lebih selesa jika kita menggunakan smartphone dalam keadaan ‘togel’ cuma kena jaga lebih sikit takut terjatuh.

Saya tak akan cerita tentang case pada entri ini.

smartphone

smartphone

Berbalik kepada screen protector, umum tahu, di pasaran terdapat pelbagai jenis screen protector yang dikhaskan bagi setiap model smartphone.Ada yang jenis clear, anti finger print, privacy , diamond serta pelbagai lagi jenis screen protector.

Daripada kesemua jenis di atas, satu pun tidak menjadi pilihan saya.

Ya! Saya tidak menggunakan apa-apa pelindung skrin pada kedua-dua smartphone saya.

Tentu ada yang bertanya kenapa..

Pertamanya…

Saya memang tak rasa pun nak pakaikan screen protector pada kedua-dua smartphone saya.Saya lebih sukakan skrin peranti saya berkeadaan asal sebagaimana ia dicipta oleh pihak pengeluar.Tambahan, saya juga tak suka jika kemungkinan akan ada bubble pada skrin walaupun sedikit.Bagi saya ia akan mengganggu pandangan ketika menggunakannya.

Kedua…

Saya tak suka apabila screen protector dikenakan pada skrin, ia akan mengubah warna gambar atau kecerahan gambar yang diambil dengan menggunakan smartphone.Bagi saya, originaliti warna sebenar gambar tersebut akan terjejas disebabkan oleh screen protector.

Ketiga..

Saya tak suka apabila screen protector dikenakan, ia mengubah feel sebenar semasa menggunakan smartphone.

Kebiasaannya, sebelum membeli sesebuah peranti, kita akan mencuba dahulu peranti yang dipamerkan di kedai atau sudut pameran.Setiap peranti yang dipamerkan selalunya tidak dipasang dengan screen protector dan kita akan kagum dengan feel smooth yang dirasai apabila kita mencuba peranti tersebut.Keadaan ini tentunya tidak dirasai apabila peranti yang sama dibeli dan dipasangkan dengan screen protector.

Dan yang terakhirnya ..

Saya yakin, kebanyakan smartphone hari ini telah dipertingkatkan tahap kekuatan skrin dengan Gorilla Glass yang dihasilkan oleh Corning Glass.

samsung galaxy note3

samsung galaxy note3

Cuba lihat spesifikasi di atas.Skrin Samsung Galaxy Note 3 saya dilapisi oleh Gorilla Glass 3.Menurut Corning Glass, Gorilla Glass 3 memiliki tahap kekerasan/ketahanan di antara 534 – 649 kgf/mm^2 yang mana tahap ketahanan ini boleh menahan sehingga ke tahap ketahanan daripada besi yang amat keras.

Jika Samsung telah melapisi Galaxy Note 3 dengan Gorilla Glass 3, Apple pula telah melengkapkan skrin iPhone 5 yang saya miliki dengan Gorilla Glass dan ia juga disaluti dengan oleophobic coating.Lihat spesifikasi di bawah:

note3 specs
Sumber gambar : Gsmarena.com

Ini bermakna, kedua-dua smartphone yang saya miliki hanya boleh dicalarkan oleh besi yang amat keras.Oleh itu, apa-apa jenis besi yang lebih lembut daripada besi yang sangat keras seperti duit syiling, pisau dan kunci tidak akan dapat mencalarkan smartphone saya yang dilapisi oleh Gorilla Glass.

Jadi, kebarangkalian untuk smartphone mengalami tahap calar yang teruk amat tipis.

Sebagai tambahan, Corning juga menyalutkan lapisan khas pada permukaan kaca Gorilla Glass bagi mengurangkan kekotoran pada skrin akibat cap jari dan lapisan tersebut juga berfungsi untuk mengurangkan risiko skrin tercalar.

Walaupun begitu, kenyataan-kenyataan yang saya simpulkan di atas bukanlah menjamin seratus peratus risiko smartphone anda tidak tercalar, retak atau sebagainya.Smartphone juga perlu dijaga dengan baik bagi mengelakkan ia daripada mengalami apa-apa kerosakan atau kecalaran.Pakailah case yang berkualiti atau screen protector yang mahal sekalipun, tanpa penjagaan yang baik, ia tentu tidak dapat bertahan lama.

Di pihak saya sendiri, ada beberapa perkara yang saya displinkan bagi mengelakkan smartphone saya tercalar.Perkara penting ini memang perlu diamalkan secara berterusan kalau anda berniat untuk menggunakan smartphone tanpa screen protector dan case.

Berikut adalah tips yang saya guna dan amalkan bagi mengelakkan skrin smartphone saya tercalar.

  • Saya telah menetapkan poket tertentu khas hanya untuk menyimpan smartphone sahaja.
  • Saya akan pastikan hanya akan ada smartphone sahaja di dalam poket tersebut, tiada barang lain seperti kunci, syiling atau sebagainya.
  • Poket tersebut akan dipastikan bersih daripada benda-benda seperti pasir dan benda-benda halus yang lain.
    Saya akan simpan smarphone di dalam bekas, contohnya plastik apabila melakukan aktiviti di pantai. Untuk makluman, pasir pantai ni walaupun halus, tetapi ia sangat keras dan tajam.
  • Mendisplinkan diri melakukan perkara-perkara di atas amat memudahkan sebenarnya. Contohnya jika smartphone disimpan di dalam poket-poket tertentu yang telah dikhaskan, tiada masalah lagi bagi kita untuk tercari-cari apabila ia berbunyi kerana kita telah tahu di mana kedudukannya.

Untuk saya sendiri, Samsung Galaxy Note 3 di poket kanan manakala iPhone 5 di poket sebelah kiri.Tiada barang lain selain daripada smartphone di dalam kedua-dua poket ini.Sehingga sekarang, displin yang saya lakukan berjaya mengelakkan skrin smartphone saya daripada tercalar dan ia juga memudahkan saya.

Artikel ini lebih bertujuan supaya feel penggunaan smartphone lebih dirasai berdasarkan originaliti yang dihasilkan oleh pihak pengeluar dan di dalam masa yang sama memupuk tahap kesedaran penjagaan smartphone di tahap maksima.

Saya tidak akan bertanggungjawab sekiranya smartphone anda tercalar jika anda tidak menggunakan screen protector atau apa sahaja penyebabnya selepas membaca artikel saya ini.

Bagaimana pula dengan anda?Beranikah anda menggunakan smartphone tanpa screen protector?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *