Web
Analytics Made Easy - StatCounter

Kalau Dah Bukan Rezeki

Selama ni baca jer kisah orang kena tipu bila keluar duit di mesin ATM. Pagi tadi, berlaku ke atas diri sendiri. Dalam dok beringat, terkena juga. Bila Allah dah tulis bukan rezeki kita, kita kena terima, mungkin ada di mana-mana yang tak kena.

vending mesin

vending mesin

Kisah ni boleh dijadikan pengajaran kepada kita. Bukan nak pertikai sangat pun duit yang hilang, tapi eloklah beringat dan sentiasa berwaspada bila berada di mesin ATM. Perkara macam ni, boleh berlaku pada anak-anak kita, kakak, adik dan juga saudara mara.

Pagi tadi agak kelam kabut, sebab nak beli barang untuk kegunaan hotel. Jumlah barang lebih kurang 180.00 ringgit. Bila check wallet duit tak cukup, saya buat keputusan pergi bank berdekatan. Sampai di mesin ATM, terus menuju ke mesin ATM yang berada ditengah, kiri dan kanan mesin kosong, tiada orang.

Sebaik sahaja masukan kad, ada seorang lelaki muda masuk dan gunakan mesin sebelah kanan. Saya tak hiraukan, sebab fokus utama nak keluarkan duit. Sebaik saja tranksaksi berjaya, mesin ATM akan keluarkan kad terlebih dahulu, kemudian mesin akan memproses wang untuk dikeluarkan.

Dalam proses tersebut, bahu saya ditepuk oleh lelaki muda tadi. Dia bertanyakan di mana lagi ada mesin ATM selain dari yang ada di sini. Saya bagi tahu mesin ATM ada lagi di sebelah sana, sambil tunjuk ke arah jalan.

Sekali lagi lelaki tersebut bertanya samada jauh atau dekat sambil dia keluar sedikit dari pintu mesin ATM. Dengan rasa kesian saya keluar sedikit sambil tunjuk secara ringkas lokasi tersebut. Selepas dia faham, dia menepuk bahu sekali lagi sambil mengucapkan terima kasih.

Tanpa berlengah lagi, saya terus berjalan menuju ke kedai. Dalam perjalanan, saya teringat duit yang saya keluarkan tadi. Memang sah, saya tak ambil dari mesin ATM, sebabkan saya melayan budak tadi. Bila patah balik, duit dah tiada dan memang dah diperdayakan oleh budak tadi. Saya masih bersyukur hanya rm 200.00 ringgit yang hilang hari ni.

Pengajaran dekat sini, berhati-hatilah ketika berada di mesin ATM. Selesaikan dulu urusan, barulah boleh buat perkara lain. Saya terima, bukan rezeki saya hari ni. Semoga anda berhati-hati!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *