Web
Analytics Made Easy - StatCounter

Gaya Hidup Sihat Bersama Yeo’s Minuman

Hari-hari mengahadap laptop – penat mata usah cakap – tekak kering dah tentu. Siapa yang berkerja melibatkan menghadap komputer dalam jangkamasa yang lama – memang pasti dahaga dan minum secawan air sememangnya tidak mencukupi. Sebelum ini saya memilih kopi untuk menjadi peneman, disebabkan perut mula tidak sesuai makan beralih kepada minuman lain dan Yeo’s Pilihan saya. Saya memilih untuk menggantikan dengan Yeo’s Chrysanthemum Tea.

Yeos minuman

Yeos minuman

Memang ramai yang minum Yeo’s Chrysanthemum Tea – teringat masa mula-mula belajar di Kuantan, rumah memang jauh dengan kedai. Jadi beli Yeo’s Chrysanthemum Tea 250ml – 6 x 250ml, dapatlah minum dua sehari – kalau rajin pergi bandar beli di Mydin banyak-banyak (harga juga turut lebih murah).

Tahukah anda bahawa air perlu diambil secara optima – minum terlalu banyak air juga membawa keburukan kepada badan manusia. Jadi mengambil air dengan minuman air kotak Yeo’s ini memudahkan saya untuk mengurus jumlah minuman per hari – sekotak Yeo’s 250ml – bersamaan dengan satu cawan air.

Jika anda banyak memakan makanan yang mengandungi jumlah air yang banyak seperti sayur-sayuran dan buah-buahan serta serat penuh yang padanya terdapat lebih kurang 4 cawan cecair, anda perlu menambah sekurang-kurangnya 4 – 6 gelas lagi air. – Rujukan: Kevin Zahri

Dari segi kesihatan, kurang risiko terhadap penyakit seperti kencing manis berbanding produk lain. Ini kerana ia kurang gula – tidak terlalu manis dan jumlah per-hidangan adalah bersesuaian dengan tugasan yang dilakukan harian. Minuman harian, semestinya perlulah minuman sihat dan selamat untuk diminum selalu.

Jika dibayangkan saya masih mengambil kopi dan meminum lebih dari dua cawan sehari – adakah ianya sihat?

Jawapannya tidak sihat, disebabkan oleh kandungan gula yang tinggi berbanding saya mengambil minuman dari Yeo’s ini. Minuman Yeo’s ini juga dapat menyejukkan badan anda yang panas selepas berkerja.

Kadang-kadang kalau ada kerja luarpun boleh bawak – senang dan tak perlu singgah kedai untuk beli di kedai satu-satu. Jika dibandingkan dengan teh-o-ais yang beli di kedai – lebih baik Yeo’s Chrysanthemum Tea, harga pun murah dan kualiti produk juga terjamin. Sebab pernah satu kes – beli minuman di kedai dengan cawan yang kurang bersih.

Untuk Tech Guys yang macam saya – berkerja macam saya – kita tukar minum minuman yang lebih sihat. Pilihan saya Yeo’s!

Nota: Banyak gambar masih belum dimuat naik untuk post ini – upload sekejap lagi icon smile Gaya Hidup Sihat Bersama Yeo’s Minuman yang lain Yeo’s pun sebenarnya baik – ini ialah pengalaman sebenar saya. Jadi baik saya cerita apa yang betul-betul saya rasa icon smile Gaya Hidup Sihat Bersama Yeo’s #SBB2014 yang bakal dilansungkan nanti – jika ada peluang ke sana Yeo’s juga menjadi pilihan dalam beg saya!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *