Web
Analytics Made Easy - StatCounter

Dah Tua Hilang Romantik

Petang tadi boss suruh pergi DBKL bayar cukai untuk bilik-bilik hotel. Bayangkan setiap bilik yang ada kat hotel tu kena cukai. Maka puluh ribu jugak lah kena bayar. Tak per company kaya, sap-sap suy jek. Dengan selamba boss sign check dan dengan selamba juga dia berkata;

“azman can you go to DBKL now!”

Dengan macho nya aku balas…

“because of you look sexy today, I will go now!” perghh ayat… cair boss aku jap.

Boss balas semula,

“huh, so naughty!” sambil dia senyum..perasan lah tu…tapi my boss hari ni memang sexy..takpa dia cina…apa pun boleh. Kita Islam jer yang tak boleh sexy.

old couple holding hands

Sampai DBKL, keadaan lengang, dorang sibuk nak cuti kot. Esok kan PH hari Pertabalan Agong, so bila dah petang roh dah ada kat rumah, jasad jek ada kat office lagi tengah malas nak layan pelanggan. Wey!…mana boleh gitu, kerja lah dengan ikhlas hati.

Aku pun jadi susah gak bila aku nak print invoice untuk bayar cukai pintu tadi. Biasanya tempat ambik no tu dah ada 2 orang awek yang cun sedia melayan aku dengan senyuman paling manis tapi tak mesra.(senyum buat-buat). Tapi hari ni depa hilang ntah pi mana.

Maka aku pun pergilah ke kaunter 12 (kaunter bersemuka).Brader kat situ pun nampak malas (muka ketat)nak layan aku.Tapi terpaksa jugaklah,sebab last bayar hari ni.kalau tak kena denda.So dorang lah yang salah,aku dah pi bayar awal-awal.

Habis bayar aku pi lencong sikit sampai pasar chow kit sebab ada cendui sedap kat sana. Jam pun baru 4.30 ptg so ada masa lagi nak rehat. Masa duduk kat meja tu ada sorang pakcik tengah minum cendui gak. Nampak macam dia tunggu pasangan (makcik kut).Usia dalam linkungan 50 lebih, masik kacak macam hero James Bond.

Tak sampai 5 minit makcik tu datang bawa barang belian dari pasar chow kit. Sampai kat meja makcik tu letak atas meja barang tadi. Nampak jer makcik, pakcik tadi terus marah-marah, sambil suruh makcik tu letak bawah meja.Suara dia kuat jugak lah.

Aku tengok muka makcik tu macam sedih jer, mata dia terkebil-kebil macam nak nangis. Pak Cik tu pulak bukan nak tolong sambut barang yang makcik beli tadi, dia buat dek jer, memang hilang kacak betul lah pakcik tu. Sian makcik tu….

Dalam pada tu aku teringat bila dah tua nanti, adakah aku seperti tu? Masa muda bukan main romantik giler lagi. Bila dah di hujung usia?…. Mintak di jauhkan……….aku tetap akan romantik sampai tua!

Insyallah..korang?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *