Web
Analytics Made Easy - StatCounter

Cubaan Untuk Berhenti Merokok

Semalam saya terfikir untuk berhenti merokok. Kali ni saya sangat nekad untuk berhenti – nekad. Sebenarnya ini bukan kali pertama cubaaan berhenti merokok malah berpuluh kali, namun tidak juga berjaya. Sungguh kuat tarikan nikotin semacam ada kuasa magik yang memanggil. Ada suara sumbang pernah bertanya kalau ketika ini rokok dan wanita lentik di hadapan mata yang mana satu menjadi pilihan?. Saya jawab dua-dua saya pilih! wuhaa………..

ubat berhenti merokok

ubat berhenti merokok

Sejarah merokok

Saya mula mengenali rokok sejak kecil lagi sekitar usia 5 tahun. Tetapi waktu itu, saya hanya memerhatikan gelagat nenek saya merokok. Tidak pernah terlintas untuk saya mencuba, kerana pada saya itu amalan biasa orang dewasa.

Apabila umur saya mencecah 12 tahun (darjah 6), saya cuba merokok sekadar ingin tahu rasa rokok ketika itu. Rokok pertama yang saya cuba adalah white horse. Mungkin ada tidak pernah kenal dengan rokok tersebut kerana ianya popular sekitar tahun 80an. Kebanyakan yang menghisap rokok jenama ini adalah dikalangan orang tua.

Apabila umur mencecah 13 tahun (tingkatan 1). Saya tinggal di asrama, walaupun rumah dan sekolah hanya 200 meter dari sekolah, atas kehendak sekolah (pelajar terpilih) saya terpaksa. Tidak dinafikan apabila tinggal di asrama, banyak rakan-rakan terdiri dari berlainan daerah. Saya bersetuju dengan ungkapan banyak orang banyak ragam. Memang banyak ragam manusia yang saya jumpa. Dari budak suci hingga pada yang hilang teruna seawal usia pun ada.

Mungkin ketika itu saya kelihatan matang seperti budak tingatan 3 dan 4, jadi rakan yang saya berkawan ketika itu terdiri dari pelajar tingkatan 4. Bila sudah bergaul dengan pelajar lebih senior, sedikit sebanyak saya terikut-ikut dengan kenakalan mereka. Di sini bermula sejarah merokok saya.

Besar kepala

Saya merokok seawal umur 13 tahun! Memang saya akui ketika itu kalau saya merokok saya kelihatan seperti seorang taiko sekolah. Kalau dalam bahasa sekarang seperti “Abang Long” tiada siapa yang berani sentuh saya ketika itu.

Mungkin disebabkan saya budak tempatan, rumah pun tak jauh dari asrama. Saya lebih “dihormati” di kalangan pelajar asrama. Tapi yang sedih saya dibenci oleh awek-awek cun yang menjadi rebutan ketika itu. Tak mengapa saya bahagia sebab saya dikelilingi oleh bodyguard yang bersedia “mati” untuk saya.

Tabiat rokok saya makin lama tidak terkawal. Saya mula dapat ramai kawan apabila saya naik tingkatan 2. Ketika itu ramai senior yang “payung” rokok untuk saya, jadi saya tiada masalah dengan bekalan rokok di asrama. Dalam pada itu saya berniaga kecil-kecilan dengan menjual rokok 1 ringgit 3 batang. Bayangkan pada waktu itu harga rokok sangat murah. 1 kotak rokok Dunhill 7 hanya berharga 70 sen. Saya dapat untung 1.40 dan sebatang rokok percuma. Apa lagi yang nak saya katakan untung dapat rokok pun dapat.

Apabila saya berada di tingkatan 5, saya sudah merokok seperti orang dewasa. Ketika itu rokok sentiasa ada dalam poket. Bayangkan ketika umur saya 17 tahun saya dan rokok tidak dapat dipisahkan lagi ibarat laila dan majnun. Untuk pengetahuan, saya pernah dikenakan rotan di khalayak ramai, ketika itu public canning dibenarkan di sekolah. Di atas pentas hanya saya seorang budak tingkatan 2 yang dikenakan rotan. Maka menangislah wanita-wanita yang menaruh hati, apabila melihat lelaki tak kacak mereka di rotan. – kisah lama.

Nekad untuk berhenti!

Sejarah saya dan rokok memang panjang. Kalau saya ceritakan, seminggu pun tak akan habis, jadi saya ringkaskan. Sebelum ini saya sudah beberapa kali berhasrat untuk berhenti merokok, namun tarikan pada rokok begitu kuat. Pada masa tu saya tidak mengunakan apa-apa bantuan seperti ubat, hanya dengan hasrat yang kuat, tetapi punah apabila saya keluar minum bersama rakan. Saya tidak salahkan mereka cuma saya tidak cukup kuat. Saya gagal!

Hari ini hasrat saya begitu kuat dengan bantuan medicated chewing gum yang mengandungi 2mg nikotin. Saya di nasihatkan untuk kunyah jika terasa hendak merokok. Rasanya tawar, ada sedikit rasa tembakau rokok daun apabila terkena pada lidah. Bermula pagi tadi saya berjaya untuk tidak merokok, walaupun terseksa zahir dan batin, saya mesti nekad. Saya berdoa agar hasrat saya ini bukan hot-hot chicken shit. Saya begitu nekad untuk menjalani kehidupan sebagai orang yang sihat!

One Response
  1. September 5, 2018

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *