Web
Analytics Made Easy - StatCounter

Apa Sebenarnya Dropbox

Baru sempat kemaskini blog kesayangan ini , tetapi yang paling menyedihkan ” Portable Hard Disk “ boleh tertinggal di tempat kerja pula . maklumlah dalam minggu ini sibuk dengan kerja, Hmm ..puas jugak fikir punya fikir , baru teringat …pernah buat beberapa salinan atau ” backup “ dengan Dropbox . Saya selalu juga membuat ” backup “ atau salinan fail-fail penting dimana dengan adanya ” Dropbox ” ini , lagi memudahkan akses fail tersebut walau dimana jua pun saya berada . Dan yang paling menarik boleh akses menggunakan telefon pintar juga.

dropbox

dropbox

Sebelum tu , mesti ada yang bertanya apa benda ” Dropbox “ atau kotak jatuh ni kan ? heheh…. rileks ..saya akan terangkan serba sedikit mengenainya.

Dropbox adalah media penyimpan (storage) atau media simpanan awan ” cloud storage “ menawarkan ruang penyimpanan sebesar 2 GB secara percuma dan untuk lebih mudah lagi, ia seperti “ pendrive ” dan boleh di akses di mana-mana sama ada dari komputer peribadi, laptop dan telefon pintar asalkan mempunyai sambungan internet.

Macam Mana Nak Instal Dropbox ?

Sebagai panduan yang mudah, saya ada juga menyediakan satu tutorial URL, boleh rujuk di https://www.dropbox.com/help/desktop-web/download-dropbox. Walaupun tutorial tersebut sudah lama , tetapi diharapkan sedikit sebanyak dapat membantu rakan-rakan dan para pembaca blog ini memahami cara-cara memasang dropbox di komputer ataupun laptop.

Untuk versi telefon pintar pula , boleh lawati di link ini. Rasan-rasanya jika anda mendapatkan model-model terkini telefon pintar, sudah pun tersedia perisian Dropbox ini.

Apabila sudah selesai memasang dropbox tersebut di komputer atau laptop dan telefon pintar, jangan lupa ” Sync ” kan sekali dropbox dengan semua peranti yang anda ingin gunakan nanti. kemudian bolehlah buat salina atau backup fail-fail yang anda inginkan. Antara salah satu fungsi yang lainnya, anda boleh juga berkongsi fail-fail dengan rakan-rakan.

Dah lama tak belek-belek dropbox ini , fuhh…boleh tahan juga saiznya.

Memang rasa lega sangat-sangat dapat akses fail-fail penting walaupun tertinggal ” Portable Hard Disk ” menggunakan komputer atau telefon pintar . Bolehlah terus sambung buat kerja 🙂 . Sebagai kesimpulannya , kena rajin-rajin buat salinan fail-fail penting di dalam dropbox , mana la tahu kan kalau-kalau tertinggal lagi , dah tak payah pening kepala atau pergi ke tempat kerja semata-mata untuk ambil ” Portable Hard Disk ” .

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *