Web
Analytics Made Easy - StatCounter

5 Blog Pilihan Yang Mungkin Anda Tidak Tahu

Sebenarnya penyenaraian blog ini pernah aku lakukan dulu.. Lihat pada artikel ‘Contoh Blog Yang Menarik‘ dan ‘Menteil dan Lapan Wanita‘.. Tetapi bila ada gelombang penyenaraian 5 blog pilihan, aku perlu turut serta diatas jemputan brader Zool =).. Disebabkan pemilihan itu kadang kala hampir serupa di kebanyakan blog (ya, kebanyakannya menjadi pilihan aku juga), jadi aku pilih senarai yang berbeza supaya anda semua dapat mengenal blog yang baru.. Mana tahu anda tidak pernah tahu (?)

pilihan blog

pilihan blog

Mediamaklumat.com

Memang wajib tengok blog ini.. Lebih pantas dari surat khabar.. Disebabkan kerajinannya memberi berita baru juga menjadi sebab blog ini harus dilanggan.. Dari berita kemalangan jalan raya sehinggalah berita politik, anda pasti tidak akan tertinggal jika mengikuti blog ini..

Comicstriper.blogspot.com

Baru miggu lepas aku mengenali blog ini.. Dan sekali baca, terus berminat.. Serius penceritaan melalui komik memang menarik minat aku sendiri yang menggemari dunia komik.. Tahniah! Blog ini ada kualitinya.. Teruskan usaha..

Zahiriladzim.blogspot.com
Ya.. Dia artis.. Tapi bukan itu sebabnya aku memilih blog ini.. Aku suka bahasanya yang ringkas tapi berpuitis.. Membacanya pun tidak pening kepala.. Itu yang aku suka.. Sila pergi blognya dan baca sendiri jika ingin tahu..

Pengendaliblog.com

Untuk mereka yang mahukan tambahan ilmu mengenai dunia blog, mungkin ini tempat yang sesuai untuk anda.. Blog ini masih baru lagi tetapi sudah mempunyai isi yang menarik untuk dibaca.. Mari terjah blog beliau..

Militaryofmalaysia.net/

Bukanlah aku ini minat dengan dunia ketenteraan.. Nak masuk tentera pun tak lepas kot.. Tetapi cerita ‘disebalik tirai’ yang ada di blog inilah yang membuatkan blog ini menarik.. Banyak kupasan yang selama ini aku tidak pernah tahu.. Dengan membaca blog ini juga boleh menambah sedikit sebanyak pengetahuan aku.. Gaya penceritaan seperti blog Che Det juga menjadi blog ini senang dibaca..

Yang tidak tersenarai jangan kecil hati pula.. Aku masih melanggan blog yang kerap aku pergi..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *